Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman-laman yang bersesuaian

..

BERJALAN   DARI KOK PASIR

KE WAKAF KING

 

Sambil berjalan sambil berfikir

remuk dalam hati sebak dalam dada

masalah tengah naik pasang ke alur mata

terapung pintu rezeki hanyut merata-rata

 

memijak embun ,meniti batas pagi

mengarung sawah rumput

menghirup nyaman udara

bumi luas tanah lapang mercapada

 

Ada jalan pintas

lalu di jalan jauh

hajat nak kepung semangat

nak tangkap pengalaman

dalam air berkeruh

 

Berjalan ke Wakaf King 

melalui tengah baruh

memikirkan tentang hidup

yang dekat tetapi jauh

 

Ediramle Ismail 1987

 

 ******************************************************

Kok Pasir
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.com


http://www.maplandia.com/malaysia/kelantan/kampong-kok-pasir-6-10-0-n-102-13-0-e/ 

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com