Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana laman yang bersesuaian
00
Sakit
Udara sebak membawa wabak,
sakit bagai ribuan tangan
menampar, menumbuk
menepuk, melempang
mencengkam. mencekik,
merentap , menikam.
Terbaring mangsa
menahan siksa.
Sakit mengcangkam urat dan daging
sakit merebak ke kata dan mata
sakit menular ke perantauan kota
sakit memulas di segenap rasa.
Segala usaha telah ditelan
segala ikhtiar telah disuntik
segala nasihat sudah dihirup
namun sakit semakin menular
merayap ke hujung hayat.
Ediramle Ismail
******************************************************
ORANG MISKIN
kerana kebetulan dilahirkan
telanjang
dan berlari di belukar penuh duri
dengan urat tapak tangan bersimpang siur
yang sukar ditafsir
lalu kalian terpinggir ke pinggir kemiskinan.
Bagaimanapun seharusnya
kalian tetap gagah melangkah
bangun pada awal-awal pagi
bersegera menoreh rezeki
biarpun sekadar terdaya
menongkat keperluan yang sengget
selebihnya
marilah kita memasang angan-angan
di setiap lorong kecil peluang
Ediramle Ismail
****************************************************************
Untuk berjaya seseorang harus memiliki.
1. Ilmu.
2. Tekad
3. Modal
4. Usaha berterusan.
Orang kaya impikan untuk menjadi lebih kaya , sementara orang miskin berfikir agar tidak jadi bertambah miskin.
Ediramle Ismail,