Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana laman-laman yang bersesuaian
Pelawaan
mengapa terhendap-hendap
di luar
masuklah ke dalam minat
di
peluang
masuklah ke kamar minat
bukan hanya sekadar melihat
tapi bermainlah dengan sajak
atau dengan apa saja
sukan atau seni
lakon atau tari.
Di situ kau akan temui
nyaman kehidupan
bertiup membelai rasa
atau sejambak makna
dari kurniaan yang Maha
Berkuasa.
Ediramle Ismail,
******************************************************
Perempuan tidur di kaki lima
Dia membaringkan
kekecewaannya
di kaki
ketika mentari miring ke timur
Dari bibirnya yang rekah
ada duka bercambah
dari kakinya yang sekah
ada derita bernanah
di tangannya yang lemah
ada calar-calar sengsara
dicakar kemiskinan yang ganas.
Hatinya benar-benar luka
ditindih timbunan rasa.
jangan disebut di hadapannya
tentang panjangnya
jambatan pulau pinang
Tingginya KLCC,
Indahnya puterajaya
lebarnya lebuh raya Timur Barat
luasnya
indahnya pusat pelancungan
dan pelbagai bintang hotel
kerana itu
tambah menyakitkan hatinya
yang sedia luka ternganga.
Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Ediramle Ismail,