Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman yang bersesuaian

Kesetiaan isteri

 

Baring di sisi kesakitan

sambil mengesat lilihan air mata

menuangkan harapan-harapan

ke dalam luka di dadaku

 

Apalah lagi ditakuti

selain kemungkinan buruk

menimpa seorang suami.

 

Ediramle Ismail

 

 ******************************************************

Duka

Benar duka itu pahit

tapi mesti ditelan

pada setiap pagi dan  malam

 

hendaknya

dengan ini

kesakitan

akan segera menghilang.

 


Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

    

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com