Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana laman-laman yang bersesuaian
Selamat tinggal pelabuhan
Selamat tinggal pelabuhan
biarpun tidak kusanggup
merempuh keterharuan
melanda kesedihan
Aku tahu pasti
di tengah pelayaran nanti
air mata memercik
bagai air di lautan terbentang
melompat ke haluan perasaan
dikuis angin kenangan
Selamat tinggal kalian di pelabuhan
yang telah sekian waktu
kita sama bersenja dan menunggu malam
menabur kesyahduan dan ilham
kita sama-sama menunggu
subuh bangkit menghampar kehijauan
rumputan di
menghampar keputihan di pasir pantai
Selamat tinggal pelabuhan
yang sangat kusayang.
Ediramle Ismail
******************************************************
Berhijrah ke alam sedar
Insaf lahir dari dukalara
tak mengapa walau apapun
telah kita tinggalkan masa lalu
dalam perjalanan kini
membuka peta ingatan memandu jalan
ke hala tujuan
Berpindah ke alam sedar
tanpa perlu menunggu hujung tahun
tanpa perlu menanti hari jadi dan
hembusan lilin disaksikan rakan sekeliling.
meninggalkan sisa-sisa buruk
membawa harapan baru
membawa tabiat baru
dengan fikirasa baru
hidup di alam sedar
segalanya indah
bagai
merayau-rayau segenap
pelusuk indah di
Terang cahaya rasa.
Benderang mata fikir
Bagai
terangnya siang selepas
Subuh berlabuh.
Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Ediramle Ismail,