Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman yang bersesuaian

..

ELOK KAU SUDAHKAN PUISI ITU

 

Elok kau sudahkan puisi itu

yang sekian lama terbengkalai

sebelum hilang segala bicara

yang terakam di pita ingatan

 

puisi yang sekian waktu terbengkalai

jangan biarkan ia meluntur

bersama minat dan bakat

tanpa dimanfaat

 

Elok kau sudahkan puisi itu

biarpun kata-katanya

tidak selembut baldu.

 

Ediramle  Ismail

 

 ******************************************************

DI PELABUHAN SUBUH

 

Terbaring duka parah luka

digilis kenangan lalu

di lorong sepi pelabuhan subuh,

berkerumun resah dalam luka

meraung duka

kepedihan yang amat

kesakitan yang nikmat

 

harum senyuman

terukir di dada ombak perasaan

dingin angin membelai

pucuk-pucuk rindu

di pelabuhan  subuh

sebelum berangkat meninggalkan malam

 

pelabuhan subuh

kita harus tiba ke sini

pada setiap akhir malam

sebelum pagi bertolak

menunggah kahidupan

 

Ediramle Ismail

1982 - kem daralockwood, kuantan, Pahang.

    

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com