Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman-laman yang bersesuaian

Kepayahan

 

Hari-hari yang dilintasi

bagaikan terasa

ada duka yang memagari

bahagia dari menusuk ke ruang dada.

 

Musim-musim dilalui

bagaikan terasa

ada longgokan kenangan

yang tak sempat diatur

membentuk sempurna.

 

Tahun-tahun yang dititi

bagaikan terasa

kepayahan ini

akan terus dibawa

sampai ke mati.

 

Kok Pasir 88

 

 ******************************************************

Karam

 

Tanpa sebarang isyarat nyata

nyawa disekat

dari jasad yang lemas.

perjalanan pun ditamatkan,

serta merta

melompat teriakan

mengalir kesedihan

dari kata ke kata

dari mata ke mata

selebihnya suara-suara

tidak percaya akan khabar

 

Tanpa alamat jelas

gerah menebuk dada perahu usang

yang berenang menuju ke pengkalan

penghabisan.

cuai ataukah suratan takdir

sengaja menenggelamkan harapan

keluarga?

 

ediramle ismail

1987

    

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com