Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana laman yang bersesuaian
AKU DAN ORANG TUA ITUTelah sekian waktu
orang tua itu meraut buluh
menjalin kreativiti, mengasah seni
menegakkan kehidupan di senja usia
Orang tua itu
mengayam bakat dan kepandaian
membentuk sangkar dan raga
memuatkan adat pusaka bangsa.
Ketika dia meraut bilah-bilah anugerah
kurnia yang Maha Berkuasa,
aku meraut rasa
menyusun kata
memahat bicara
membina semangat cintakan negara
Aku menghampar fikir
membentang kenangan
menjalin pengalaman,
menyusun kata-kata membantuk sajak
untuk tatapan warga pelbagai bangsa
di naungan teduh negara merdeka
suatu hari aku membaca sebuah sajak
perpaduan rakyat negara jaya
lalu dia menghadiahkan sebuah raga
berisi sejambak nasihat
yang bermakna lagi berguna.
Kemerdekaan ini harus dipertahan
walaupun betapa mahal harganya.
Ediramle Ismail
******************************************************
Memetik sempurnaTangan mindaku gementar
ketika hampir memetik sempurna.
Suatu yang lain
seluruhnya benderang
akupun naik
membisikkan rindu.
Di ruang lain,
taufan kehidupan menderu
mengongcang pancang,
kembali aku terjunam
ke kebiasaan yang dulu.
Ediramle Ismail
Ediramle Ismail,