Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman yang bersesuaian

Kemalangan

 

Tanpa sebarang isyarat jelas

nyawa disentak

dari jasad yang remuk

perjalanan ditamatkan

serta merta

mengalir kesedihan

dari mata ke mata

dari kata ke kata

selebihnya

pandangan jijik dan takut

pada hanyir darah.

 

Tanpa alamat jelas

gerah memperlagakan

dua kenderaan

yang menuju

ke perhentian terakhir.

Cuai ataukah takdir

sengaja melepaskan suratannya?

 

ediramle ismail

1987

 

 ******************************************************

Kemiskinan

Keperitan

luka lebar

ternganga

 

kepayahan

hujan lebat

di sepanjang lorong

 

kesusahan

kemarau panjang

di muka gurun

 

kehidupan

harapan yang lapar

mengelepar  berkurun

 

Ediramle Ismail

Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

    

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com