Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana laman-laman yang bersesuaian
Puisi untuk hati
Terima sajalah kenyataan itu
kerana harapan kita
tersekat pada taraf
mengharap pun
tambah lama
kian menyakitkan
seharusnya terlebih dahulu
telah sedar
yang kita sememangnya
diremajakan bersama lipas dan
lipan
di dalam gumpalan-gumpalan
kain buruk di rumah nenek
sedang dia dibesarkan
oleh kilauan-kilauan hiasan
dan anika mainan
di halaman rumah batu
terima sajalah kenyataan itu
biarpun dengan terisak-isak
dan rasa penuh sebak.
1985
Ediramle Ismail
******************************************************
MENCARI WANGI DI DALAM BUNGA
Mengintai dari celah
kehairanan
siapakah kau terhendap-hendap
mencari wangi di dalam bunga
kaukah yang sering bertanya
dari mana datangnya bvau
wangi
setelah terbuka kelopak
dan ke manakah hilangnya
warna
setelah bunga mula layu
Seharunnya terlebih dahulu
melintasi seribu pintu
sebelum masuk
ke ruang taman
rahsia kehidupan
mencari wangi di dalam bunga.
ediramle ismail 86 -87
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Ediramle Ismail,