Sajak-sajak ini diizinkan ditempatkan dimana-mana  laman yang bersesuaian

Salsabila

 

Aku rindu Salsabila
pancuran air di taman syurga.

Debaran kecil bergetar di dada,
apakah itu tanda
ketibaan bidadari dengan senyuman   berbunga
membawa hijau sutera
menyelimuti kenangan di mayapada
atau cucuran dingin Salsabila
menyirami rasa, membasahi sukma.

Aku dahaga Salsabila
minuman khamar bercampur halia.


Ediramle Ismail,

Sajak ini menjadi kenangan manis padaku, kerana sajak ini adalah antaranya karyaku yang menang pertandingan menulis Puisi  dan hadiahnya adalah sangat bererti kepadaku.

 

 ******************************************************

Aman

Bila dendam telah diratakan,
bila marah telah dipadamkan,
bila dengki telah ditimbus
hiduplah kita aman bahagia
di taman indah impian
yang kita bina bersama selamanya.

Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

    

 Ediramle Ismail

 Ediramle Ismail, 

http://www.pesisir.net

http://www.kokpasir.com

ediramle@kokpasir.com